Saturday, February 20, 2010

Nasi Mandy dari Hadhramaut, Yaman

http://muqreez.blogspot.com/2008_03_01_archive.html

Ahad lepas, Muqreez cuba resepi Nasi Mandy dari Hadhramaut, Yaman..Nasi Mandy ini adalah kegemaran Muqreez kalau pergi ke restoran timur tengah. Maka, cubalah masak sendiri. Terima kasih Bro.Suhaib kerana kasi resepi yang mudah tapi terangkat ini..Syokran!


Bahan-bahan:
Beras Basmathi,Ayam,Minyak Sapi,bawang merah & putih.Bunga cengkih,bunga lawang,buah pelaga,zafron(kalau takde pakai kunyit),garam secukup rasa

Cara-cara:
Rebus ayam, simpan air rebusan untuk digunakan masak nasi. Tumis bawang and bahan-bahan rempah tadi. Masukkan ayam dan goreng sehingga kuning. Kemudian masukkan beras dan air rebusan dan kunyit serta garam secukup rasa.

Untuk Salathah:
Tomato,timun,cili hijau dan yogourt..(tapi memandangkan kawan Muqreez silap beli yogurt berperisa strawberi..maka tak jadi letak yougurt tapi hanya letak limau nipis dan garam sahaja)

No comments:

Post a Comment

Post a Comment